WAHAI EXCO² KEDAH ! .... BERINGATLAH ! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN RAKYAT KEDAH 24/7 ! ... Buat Gheja Tu ; Takut Pada Allah , OK !?
Sampai dekat² nak lupa dah password nak masuk admin blog ni ... huhuhu ...
AloQStaQ tak menulis lama ni bukan sebab apa, bukan sebab dah kojol atau dah mampus, atau keciwa ataupun jauh hati mahupun merajuk (jauh sekali !) , tetapi AloQStaQ lama tak menulis di sini hanya kerana nak memerhatikan kerja buat Exco-Exco Kedah yang telah dipertanggungjawabkan oleh YAB MB Kedah untuk membantu beliau mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah demi kebaikan sekalian rakyatnya.
Janganlah anda para Exco Kedah yang diberi kepercayaan oleh YAB Mukhriz mempersia-siakan kepercayaan tersebut sehinggakan mencalarkan kepimpinan yang diharap-harapkan oleh sekalian rakyat Kedah setelah 5 tahun rakyat merana di bawah tampuk kepimpinan lemah PAS dan Pakatan Rakyat.
Jangan ulangi sikap Exco PAS yang tidak membuat sebarang pembaharuan kepada pembangunan Negeri Kedah dan asyik menggunakan jawatan tersebut untuk menelan segala kemudahan dan keistimewaan sebagai Exco Kedah semata-mata ... Jawatan itu bukanlah untuk bermegah-megah. Tanggungjawabnya amatlah berat untuk dipikul. Demi nama baik UMNO/BN di mata rakyat Kedah untuk menghadapi PRU14 lima tahun (tak lama lagi!).
INI ADALAH INGATAN MESRA DARI ALOQSTAQBLOG :
PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA DENGAN BAIK DAN SEMPURNA UNTUK RAKYAT, PASTI AKAN DISAYANGI OLEH SEKALIAN RAKYAT KEDAH TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya yang tidak berbayar !) ...
TETAPI AWAS !
PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA BURUK DAN HANCUR DI MATA & HATI RAKYAT, AKAN DIBENCI OLEH SEKALIANNYA TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya bloggers yang tidak berbayar!) ... EXCO ITU NAMANYA MENEMPAH NAHAS !! Mencari penyakit ...
BAHAWA KAMI SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEBENAR KEPADA PM, TPM, MB KEDAH , RAKYAT MALAYSIA AMNYA & RAKYAT KEDAH KHASNYA MENGENAI SIKAP BURUK DAN KELEMAHAN KERJA BUAT ANDA PARA EXCO SEKALIAN ... INGAT ! 24/7 ANDA DIPERHATIKAN OLEH KAMI & SELURUH RAKYAT KEDAH.
Takut Pada Allah , OK !?
Kepada rakyat Kedah yang berhasrat untuk menegur, memuji, memberi maklumat salah laku Exco beserta bukti sahih, salah laku Wakil Rakyat (tak kira BN / PAS / PKR / DAP di Kedah), mahupun untuk memberi apa sahaja maklumat penting mengenai Kerajaan BN Kedah, sila berbuat demikian dengan menghantar Email kepada AloQStaQBlog di alamat email : AloQStaQ@gmail.com
Segala maklumat anda akan dirahsiakan.
Sekian, terima kasih dan InsyaAllah kita akan sama-sama memacu Negeri Kedah menjadi negeri yang Aman Makmur dan berteknologi tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia menuju Wawasan 2020 ! InsyaAllah ...
Sekian, wassalam!
AloQStaQ
11:22 PM
RABU
19 JUN 2013




















